GENEVA, 7 APRIL: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata kemusnahan Hospital Al-Shifa, hospital terbesar di Gaza menjadikannya umpama sebuah cangkerang kosong dengan pusara manusia susulan kepungan dan serangan terkini Israel.
TEHRAN, 7 APRIL: Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) melaporkan angka wartawan yang maut sejak serangan tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza mencecah 140.
AMMAN (Jordan), 6 APRIL: Jordan mendesak pembukaan semua lintasan darat ke Semenanjung Gaza selain mahu kebuluran di wilayah yang dikepung yang telah diserang tanpa henti oleh tentera Israel selama lebih enam bulan lalu dihentikan.
KUALA LUMPUR, 5 APRIL: Susulan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat dan amaran keras daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, Israel mengumumkan pembukaan laluan untuk bantuan kemanusian ke Gaza.
SHAH ALAM, 1 APRIL: Anak syarikat negeri Koridor Utiliti Selangor Sdn Bhd (Kusel) menyumbang RM5,000 kepada Tabung Palestin menerusi Persatuan Penyayang Salam (Salam Relief) pada 27 Mac.
KUALA LUMPUR, 29 MAC: Malaysia mengalu-alukan langkah-langkah tambahan yang diputuskan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 28 Mac 2024 bagi kes berkenaan Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid di Gaza.
SHAH ALAM, 29 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menyeru semua pihak memberi sumbangan bagi membangunkan semula Gaza yang musnah akibat serangan Israel.
KUALA LUMPUR, 26 MAC: Penerimaan Resolusi 2728 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa gencatan senjata segera konflik Israel-Hamas, dialu-alukan banyak negara di seluruh dunia.
ANKARA, 26 MAC: Hamas pada Isnin mengalu-alukan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.
Oleh Shakir Husain NEW DELHI, 26 MAC: Pakistan dan Maldives antara negara menggesa pelaksanaan segera resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menamatkan serangan Israel hampir enam bulan ke atas Gaza dan menyediakan bantuan kemanusiaan kepada penduduk yang...
WASHINGTON, 26 MAC: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menerima satu resolusi meminta satu gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza untuk bulan Ramadan dilaksanakan.
ISTANBUL, 25 MAC: Pengarah Eksekutif Wanita Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) Sima Bahous pada Ahad membangkitkan kesukaran yang dialami wanita di Gaza, sambil menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera di wilayah yang dikepung itu.
RAFAH, 24 MAC: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata pada Sabtu bahawa dunia telah melihat cukup kengerian perang dan merayu gencatan senjata untuk membolehkan lebih banyak bantuan disalurkan, lapor agensi berita Palestin WAFA.
ISTANBUL, 23 MAC: Tiga lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan terbaru Israel di Semenanjung Gaza semalam, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 136 orang sejak 7 Okt 2023, menurut pejabat media di wilayah itu.
KUALA LUMPUR, 23 MAC: Malaysia menghantar sebanyak 100 kontena merangkumi 1,358 tan barangan terdiri daripada pelbagai sumbangan ke Gaza menerusi misi bantuan kemanusiaan keenam yang dilancarkan hari ini.
LONDON, 22 MAC: Pemimpin Kesatuan Eropah Charles Michel dan Ursula von der Leyen pada Khamis mengeluarkan kenyataan tegas berhubung keperluan tindakan kemanusiaan segera di Gaza selain mengulangi sokongan Kesatuan Eropah (EU) untuk penyelesaian dua negara dalam konflik Israel-Palestin, lapor Agensi Anadolu.
KUALA LUMPUR, 21 MAC: Sebanyak 480 kotak makanan hasil sumbangan rakyat Malaysia akan dihantar secara airdrop ke utara Gaza, Palestin menggunakan pesawat kargo Tentera Udara Diraja Jordan, C130 dalam masa terdekat.
BANDARAYA GAZA, 18 MAC: Sekurang-kurangnya 81 warga Palestin maut dan 116 lagi cedera dalam 24 jam lepas berikutan serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada Isnin, lapor Agensi Anadolu (AA).
BANDARAYA GAZA, 18 MAC: Kementerian Kesihatan Gaza menggesa Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dan lain-lain institusi antarabangsa supaya menghentikan operasi ketenteraan Israel di kawasan Hospital Al-Shifa yang mengorbankan pesakit, pelarian dan petugas perubatan.
GAZA, 18 MAC: Bandar di utara Gaza, Jabalia menerima penghantaran bantuan pertamanya dalam tempoh kira-kira empat bulan, menurut beberapa sumber pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.